Penjualan iPad Mini 2 Dihentikan

Apple hari ini secara rasminya telah menghentikan penjualan peranti iPad Mini 2 selepas peranti iPad 9.7 inci baharu dikeluarkan bagi menggantikan iPad Air 2 dan penawaran peranti iPad Mini 4 dengan kapasiti storan 128GB sahaja. Peranti iPad Mini 2 mula diperkenalkan pada bulan November tahun 2013 lepas bagi meneruskan penjualan peranti iPad versi kecil dengan skrin bersaiz 7.9 inci. Barisan peranti iPad sebelum ini menjadikan iPad Mini 2 sebagai peranti iPad ditawarkan dengan harga yang murah.

Barisan peranti iPad yang baharu diikuti dengan iPad Pro 12.9 inci, iPad Pro 9.7 inci, iPad 9.7 inci dan iPad Mini 4. Barisan yang baharu ini menjadikan iPad 9.7 inci sebagai peranti iPad yang ditawarkan dengan harga murah. Apple juga dikhabar akan mengeluarkan peranti iPad dengan skrin bersaiz 10.5 inci pada acara khas seterusnya.

 

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *