Penjualan iPhone 8 Tidak Ditangguh – Dilapor Bermula Pada Bulan Oktober Sama Dengan iPhone 7s Dan iPhone 7s Plus

Terdapat beberapa laporan mengenai penjualan iPhone X / iPhone 8 yang dilapor akan ditangguh ke bulan Oktober/November seperti laporan sebelum ini oleh KGI Securities dan Nikkei yang bersetuju dan menyatakan penjualan iPhone 8 ini ditangguhkan atas sebab faktor masalah dalam penghasilan akibat kekurangan bekalan komponen.

Kini, menurut Economic Daily News (EDN) melalui Digitimes, salah satu faktor utama masalah penjualan mengalami kelewatan disebabkan penghasilan papan induk bagi kesemua ketiga peranti iPhone tersebut telah berjaya diperbaiki.

Tahun sebelum ini, Apple mula memperkenalkan peranti iPhone terbaru pada bulan September dan mula dijual pada bulan tersebut. Sebagai contoh, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus mula diperkenalkan pada 7 September 2016 dan mula dijual pada 16 September 2016.

Untuk di negara Malaysia, seperti yang sedia maklum penjualan peranti iPhone di negara ini adalah lewat sekurang-kurangnya 1-2 bulan. Tidak seperti Singapura yang awal dan sama seperti negara lain iaitu United States, United Kingdom, Australia dan lain-lain. Jika betul penjualan iPhone 8 ini ditangguhkan, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya awal tahun hadapan untuk membelinya – harap bersabar.

Apple dilapor akan memperkenalkan tiga peranti iPhone pada bulan September ini iaitu iPhone 7s dan iPhone 7s Plus serta iPhone X / iPhone 8. iPhone 7s dan iPhone 7s Plus dikhabar akan menggunakan rekaan yang sama seperti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus sebelum ini manakala iPhone 8 pula akan menggunakan rekaan kaca di hadapan dan di belakang dengan bingkai housing ditengah – sama seperti rekaan iPhone 4 dan iPhone 4s dahulu.

 

Sumber artikel: 9to5Mac | Gambar (featured): @le.pich, Dalam artikel: iFanr

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *