Penyesuai MagSafe Untuk USB-C Dipatenkan Oleh Apple

Sebelum ini Apple telah mengeluarkan komputer Macbook 12 inci yang hanya mempunyai satu port USB-C dan headphone jack sahaja. Yang menjadi keresahan pengguna ialah komputer Macbook Pro terbaru dengan Touch Bar juga turut ‘di revolusikan’. Semua port ‘besar’ yang terdapat pada komputer sebelum ini telah dibuang untuk menjadikan komputer itu nipis termasuklah sambungan pengecas MagSafe yang juga turut dibuang.

Sambungan pengecas MagSafe merupakan salah satu identiti komputer Macbook Pro yang penting berfungsi secara ‘magnetic’ apabila hendak disambungkan pada komputer. MagSafe mula diperkenalkan oleh Steve Jobs pada Januari 2006 untuk Macbook Pro. Ia juga tidak membuatkan komputer terjatuh apabila kabel pengecas ditarik atau tersepak dan sebaliknya akan tercabut daripada komputer. Di samping itu, MagSafe juga mempunyai lampu LED yang berfungsi untuk memberitahu komputer tersebut sedang mengecas atau sudah habis.

Dengan port USB-C, pengguna perlu memasukkan dengan berhati-hati untuk mengelak dari mencalarkan komputer dan perlu mencabut dengan perlahan. Ini merupakan masalah yang dihadapi oleh pengguna Macbook terkini. Namun, Apple telah mempatenkan penyesuai MagSafe untuk USB-C bagi menyelesaikan masalah ini berdasarkan produk BreakSafe yang dikeluarkan oleh Griffin.

Secara peribadi, ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dan menambahkan masalah di mana penyesuai itu akan tampak ‘terkeluar’ daripada komputer. Sudah pasti ia akan mendatangkan masalah untuk yang menggunakan beg yang berukuran tepat dengan saiz komputer dan perlu membeli beg yang baharu termasuklah penyesuai tersebut akan mudah hilang.

 

Sumber: 9to5mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *