Pepijat Tarikh 2 Disember Menyebabkan Sejumlah Peranti Pada iOS 11.1.2 Menghadapi Restart Berulang Kali

Kemas kini: iOS 11.2 telah dilepaskan secara rasmi untuk memperbaiki masalah pepijat ini. Bagi yang terkena akan pepijat ini, sila menyahaktifkan notifikasi bagi aplikasi berasaskan ‘local notification’ pada Settings > Notification > pilih aplikasi > Allow Notifications > Off dan membuat kemas kini iOS 11.2 ini dengan segera samada menggunakan OTA (Over-The-Air) Settings > General > Software Update ataupun menggunakan Restore iOS kepada iOS 11.2 di iTunes.

Kemudian tetapkan kembali notifikasi aplikasi yang dipilih sebentar tadi pada Settings > Notification > pilih aplikasi > Allow Notifications > On.

 

Pada pagi ini terdapat sejumlah pengguna menghadapi satu isu atau masalah di mana peranti mereka yang menggunakan iOS 11 ke atas telah menghadapi restart berulang kali dalam tempoh tertentu apabila memasuki hari dan tarikh 2 Disember 2017 iaitu hari ini. Malah ada juga yang masih terkena sehingga kini dan tidak dapat menggunakannya.

Masalah restart berulang kali dengan kerap ini adalah disebabkan pepijat tarikh 2 Disember dan aplikasi yang mempunyai tetapan berasaskan ‘local notification’. Seperti contoh, aplikasi yang mempaparkan notifikasi pada setiap hari mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Aplikasi seperti waktu solat misalnya ialah berasaskan ‘local notification’ ini, untuk aplikasi Iman, Iman Pro saya sudah bertanyakan pada pembangun dan melaporkan tiada sebarang masalah buat setakat ini. Sekiranya anda terkena disebabkan aplikasi Iman, sila laporkan.

Buat masa ini, Apple belum lagi memberikan sebarang maklum balas mengenai masalah ini dan terdapat beberapa cara penyelesaian sementara untuk pengguna yang duduk di negara dengan  tarikh 1 Disember sekarang ini ataupun yang masih lagi terjadi. Antaranya:

• nyahaktifkan notifikasi bagi aplikasi yang berasaskan ‘local notification’ yang terdapat dalam peranti anda pada Settings > Notifications > pilih aplikasi > Allow Notifications > Off.

• menukar zon waktu kepada seminggu sebelum 2 Disember pada Settings > General > Date & Time tapi maklumat tarikh dan waktu pada aplikasi lain seperti Calendar, Facebook akan terjejas.

• menukar zon negara kepada negara yang awal seperti Australia yang sudahpun memasuki hari 2 Disember ataupun sebaliknya pada Settings > General > Language & Region > Region.

• nyahaktifkan Background App Refresh pada Settings > General > Background App Refresh.

• buat Reset All Settings pada Settings > General > Reset tetapi, tetapan seperti kata kekunci Wi-Fi akan dibuang dan anda perlu memasukkan semula kata kekunci apabila ingin disambungkan kepada Wi-Fi yang digunakan sebelum ini.

• buat Restore iOS pada iTunes, pastikan telah membuat backup terlebih dahulu. Anda boleh memilih untuk downgrade kepada iOS 11.1 atau 11.1.1 ataupun kekal pada iOS 11.1.2 mengikut cara Restore yang ingin digunakan.

Masalah ini dilihat sama seperti pepijat tarikh 1970 yang terkenal pada waktu dahulu yang membuatkan sebuah peranti iOS menjadi ‘bricked’ dan tak boleh digunakan. Saya menggunakan iOS 11.2 beta dan tidak mengalami masalah seperti ini dan pepijat tarikh pada iOS 11.1.2 telahpun ditampal pada iOS 11.2 beta.

Bagi yang bertanyakan, ikuti cara untuk memperbetulkan kalendar Islam untuk iOS pada artikel ini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *