Perbandingan

Perbandingan Kelajuan Mengecas iPhone X vs iPhone 8 Plus vs Samsung Galaxy Note 8 vs OnePlus 5

Kelajuan mengecas bagi sesuatu peranti lebih-lebih lagi peranti telefon pintar ialah merupakan satu ciri yang dititik beratkan bagi seorang pengguna. Ini kerana, kecepatan atau kelambatan mengecas ialah perkara yang penting bagi penggunaan peranti dalam seharian. Sudah tentu, kelajuan mengecas ini ialah berbeza mengikut kapasiti bateri setiap peranti dan kuasa pengecas.

Sejak 10 tahun peranti iPhone diperkenal, dilancar, dan dijual di pasaran, Apple masih lagi memberikan pengecas 5W yang disertakan di dalam kotak. Ia tersangatlah lambat sekali untuk mengecas bateri iPhone yang mempunyai kapasiti besar seperti mana bermulanya iPhone 6 dan ke atas sehingga kini.

Sebagai perbandingan, akaun Youtube Mrwhosetheboss telah memuat naik video bagi membandingkan kelajuan mengecas bagi iPhone X, iPhone 8 Plus, Samsung Galaxy Note 8 dan OnePlus 5 menggunakan pengecas yang disertakan dalam kotak masing-masing. Beliau juga menggunakan pengecas 29W untuk pengecasan pantas bagi kedua-dua iPhone X dan iPhone 8 Plus.

Daripada hasil perbandingan menunjukkan kedudukan berdasarkan kuasa pengecas yang digunakan dengan jumlah waktu siap mengecas:

– Pengecas yang disertakan dalam kotak masing-masing:
● 1. OnePlus 5 (21W) – 1 jam, 24 minit
● 2. Note 8 (10W) – 1 jam, 39 minit
● 3. iPhone 8 Plus (5W) – 3 jam, 4 minit
● 4. iPhone X (5W) – 3 jam, 6 minit

– Pengecas pantas 29W:
● iPhone 8 Plus – 1 jam 51 minit
● iPhone X – 1 jam 52 minit

Hasil perbandingan di atas menunjukkan kedua-dua peranti milik Apple masing-masing masih lambat walaupun sudah menggunakan pengecas yang lebih pantas dan disarankan oleh Apple dengan kapasiti bateri yang lebih kecil berbanding kedua-dua peranti yang lain. Untuk mendapatkan penggunaan pengecasan pantas ini, anda perlu membelanjakan wang sekurangnya sebanyak RM348 bagi pembelian pengecas USB-C 29W berharga RM229 dan kabel Lightning to USB-C berharga RM119 (1 meter).

Anda juga boleh menggunakan pengecas pantas 29W jenama lain yang lebih murah tapi pastikan ia di bawah program MFI (Made For iPhone/iPad/iPod). Bagi peranti iOS yang tidak menyokong pengecasan pantas, menggunakan pengecas iPad dan mengaktifkan mod AirPlane adalah cara yang disarankan tapi semuanya bergantung pada anda sendiri.

Sudah pasti, ujian perbandingan dan penilaian kelajuan mengecas ini hanyalah sebagai subjektif semata-mata. Ini adalah untuk memberi gambaran bagaimana peranti premium digunakan berdasar penggunaan oleh anda sendiri. Setiap pengguna, setiap peranti, waktu dan hasil mengecas ialah berbeza.

Haziq Harun

Nothing great was ever achieved without enthusiasm.

Komen

Klik di sini untuk menghantar komen

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.