Perbandingan Penggunaan Bateri iPhone X Vs iPhone 8 Plus Vs Samsung Galaxy Note 8 Vs OnePlus 5

Apabila sesuatu peranti premium dan flagship dilancarkan, penggunaan jangka hayat bateri sepanjang satu hari ialah yang selalu dititik beratkan. Dengan harga yang mahal, sudah tentu pengguna mahukan penggunaan yang panjang dan boleh bertahan dengan lama.

Satu video dimuat naik oleh akaun Youtube Mrwhosetheboss baru-baru ini telah memuat naik video untuk menjawab persoalan ini. Beliau membandingkan empat peranti iaitu iPhone X yang baru dilancarkan, iPhone 8 Plus, Samsung Galaxy Note 8 dan OnePlus 5.

Perbandingan dilakukan dengan ujian benchmark, permainan mudah alih, aplikasi seperti Instagram dan aplikasi yang mempunyai piksel grafik yang tinggi. Kesemua rekod hasil perbandingan direkod pada video di bawah dan hasilnya:

● Pertama: OnePlus 5 – 5 jam, 15 minit
● Kedua: iPhone X – 5 jam, 2 minit
● Ketiga: Note 8 – 4 jam, 35 minit
● Keempat: iPhone 8 Plus – 4 jam, 26 minit

iPhone X mempunyai dua buah bateri berbentuk L. Kedua-dua buah bateri ini digabungkan untuk menjadi satu kapasiti sebanyak 2,716mAh. Dengan ujian ini, penggunaan iPhone X lebih tahan lama tapi tidak mempunyai perbezaan yang ketara jika dibanding dengan 2,691mAh pada iPhone 8 Plus.

Sudah tentu, ujian perbandingan dan penilaian prestasi bateri ini hanyalah sebagai subjektif semata-mata. Ini adalah untuk memberikan gambaran bagaimana peranti premium berfungsi berdasarkan penggunaan oleh anda sendiri. Setiap pengguna, setiap peranti, hasil penggunaan bateri ialah berbeza.

 

Sumber artikel: Redmond Pie

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *