Pereka Asal iPhone Telah Meninggalkan Apple

Setelah hampir 21 tahun berada dalam pasukan reka bentuk perindustrian di bawah Jony Ive untuk syarikat Apple, pereka veteran Christopher Stringer telah meninggalkan pasukan dan Apple menurut laporan oleh The Information.

Christopher Stringer dan Jony Ive.

Stringer merupakan salah seorang ahli pereka di bawah pasukan yang dikendalikan Jony Ive yang banyak memberi pelbagai rekaan bentuk produk Apple termasuklah peranti iPhone 2G. Beliau juga merupakan orang yang penting dalam kes saman Apple terhadap Samsung pada waktu dahulu dan merupakan orang yang rendah diri. Tidak dipastikan mengapa beliau berhenti daripada Apple dan apa rancangan seterusnya.

Sebelum ini, terdapat pereka yang juga turut meninggalkan Apple iaitu pereka Daniel Coster yang menyertai GoPro sebagai Vice President of Design.

 

Sumber: 9to5Mac, Gambar: Canoopsy

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *