Periscope Memperkenalkan Penyiaran Video 360-Darjah Secara Langsung Kepada Pengguna iOS

Servis penyiaran video secara langsung, Periscope telah memperkenalkan sokongan integrasi 360-darjah dalam aplikasi Periscope sendiri untuk pengguna iOS. Sokongan ini tidak diintegrasi dalam aplikasi Twitter dan anda perlu memuat turun aplikasi Periscope di App Store.

Penambahan sokongan itu bermaksud pengguna boleh menggunakan peralatan kamera 360-darjah seperti Samsung Gear 360 yang terbaru. Penyiar boleh menunjukkan keseluruhan persekitaran dalam video secara langsung tersebut

Jika penyiar menyiarkan video yang tertera “Live 360”, penonton boleh mengubah sudut pandangan dengan menggerakkan telefon anda atau tatal pada skrin. Periscope telah menerbitkan  cara penggunaan penyiaran Live 360 di sini.

Pengguna perlu memuat turun versi terkini dan kemas kini aplikasi Periscope untuk membolehkan menyiar dalam 360-darjah. Aplikasi Periscope ialah percuma untuk dimuat turun di App Store dan hanya menyokong peranti iPhone sahaja.

 

Muat turun: Periscope di App Store

Sumber: Periscope

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *