Perisian iTunes Kini Boleh Dikemas Kini Kepada Versi 12.6.1

Bersama-sama dengan kemas kini sistem operasi iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 dan macOS 10.12.5 untuk iPhone, iPod, iPad, Apple Watch, Mac serta Apple TV, Apple juga turut telah melepaskan kemas kini untuk perisian iTunes kepada versi 12.6.1 sebagai kemas kini kecil untuk komputer Mac dan Windows PC.

Menurut Apple:

iTunes 12.6.1 contains only minor app and performance improvements

Dalam nota sekuriti yang dikeluarkan oleh Apple, kemas kini ini telah memperbaikikan WebKit exploit pada Windows 7 yang mungkin membolehkan penyalahgunaan pelaksanaan kod. Bagi pengguna Mac, anda boleh membuat kemas kini iTunes pada App Store dan untuk pengguna Windows, anda boleh membuat kemas kini menggunakan perisian Apple Software Update atau boleh memuat turun pada pautan ini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *