Permohonan Paten Oleh Apple Untuk Paparan Skrin Tanpa Bezel, Pengimbas Cap Jari Terbina Dalam Skrin Dan Sensor 3D Telah Diluluskan

United States Patent & Trademark Office (USPTO) baru-baru ini telah meluluskan permohonan Apple untuk paten skrin edge-to-edge, pengimbac cap jari Touch ID terbina dari dalam paparan skrin dan sensor 3D. Ketiga-tiga paten tersebut merupakan salah satu ciri utama yang bakal hadir pada iPhone 8 akan datang.

Paparan skrin kurang-bezel (edge-to-edge)

Diberi tajuk ”Reducing the border area of a device”, dalam patent U.S. Patent No. 9,652,096 menerangkan proses untuk membengkok sisi panel sensor sesentuh dan paparan skrin bagi mengurangkan bezel di sekeliling peranti.

Paten tersebut mula difailkan pada Julai 2014 lepas dan jurutera Apple Steven Martisauskas dinamakan sebagai pencipta.

Pengimbac cap jari terbina

Dalam paten  U.S. Patent No. 9,652,066 untuk “Electronic device including finger biometric sensor including transparent conductive blocking areas carried by a touch display and related methods” menerangkan Apple telah mengubahkan Touch ID daripada butang Home secara terbina ke dalam panel paparan skrin. Gambar rajah paten juga menunjukkan sistem biometrik yang boleh digunakan pada paparan skrin.

Apple menerangkan sistem ini menggunakan lapisan yang berada di antara panel sesentuh untuk lapisan pengimbas biometrik cap jari. Menurut Apple juga sistem pengimbas cap jari ini mungkin menyokong peranti iPhone, iPad dan komputer Macbook. Macbook Pro 2016 lepas ialah komputer pertama Apple yang mempunyai Touch ID.

Paten ini mula difailkan pada Januari 2015 dan jurutera Apple Dale Setlak dinamakan sebagai pencipta.

Sensor 3D

U.S. Patent No. 9,651,417 untuk  “Scanning depth engine” menerangkan sistem pemetaan 3D yang dirakam menggunakan peranti untuk menangkap sebarang pergerakan. Dalam khabar angin sebelum ini, iPhone 8 dilaporkan mempunyai dwi kamera 3D untuk penggunaan teknologi augmented reality bagi bahagian hadapan dan juga belakang.

Paten ini mula difailkan pada Februari 2013 dan menamakan jurutera daripada syarikat PrimeSense yang dibeli oleh Apple, Alexander Shpunt dan Raviv Erlich sebagai pencipta.

 

Sumber artikel: iDownloadBlog dan Patently Apple

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *