Planet of the Apps – Siri Rancangan Realiti TV Oleh Apple Mula Ditayangkan

Apple dilihat mahu mengembangkan syarikat mereka melalui siri rancangan realiti tv dan salah satunya ialah siri rancangan televisyen Carpool Karaoke yang merupakan siri rancangan rasmi pertama oleh Apple. Kini, siri rancangan Planet of The Apps pula menjadi taruhan mereka yang memfokuskan kepada pembangunan dan idea aplikasi.

Siri rancangan televisyen ini mula ditayangkan bermula pada hari ini dan setiap 10 episod akan ditayangkan pada setiap hari rabu. Untuk episod pertama, Apple telah menawarkan tontonan secara percuma dan terhad melalui Apple Music, iTunes serta laman web PlanetOfTheApps. Bagi yang berminat untuk menonton episod seterusnya, pengguna perlu melanggan Apple Music untuk mengakses dan menonton siri rancangan ini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *