Pra-Tempahan iPhone 7 dan iPhone7 Plus (PRODUCT)RED, iPhone SE dan iPad 9.7 inci Boleh Dibuat Secara Rasmi

Bagi yang menantikan semenjak 21 Mac, peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT)RED dengan secara rasminya boleh dibuat pra-tempahan melalui laman rasmi jualan atas talian Apple sendiri. Pra-tempahan ini berlangsung serentak diseluruh dunia mengikut waktu negara masing-masing. Pra-tempahan untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT)RED ini hanya dikhaskan kepada kapasiti storan 128GB dan 256GB sahaja.

Harga untuk peranti ini adalah sama seperti warna peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang lain. Tiada perbezaan dari segi aksessori kecuali tulisan pada kotak dan paparan iPhone yang berwarna merah. Bagi yang merasakan tidak berbaloi, anda boleh dapatkan potongan harga RM500 untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (<- klik) sehingga besok sahaja (25 Mac).

Selain dari itu, peranti iPhone SE juga menerima tawaran hebat oleh Apple yang telah menggandakan kapasiti storan daripada 16GB dan 64Gb kepada 32GB dan 128GB pada harga yang sama sebelum ini.

Peranti yang terbaru Apple keluarkan semasa kemas kini Apple Store ialah iPad 9.7 inci yang baru. Ia menggunakan reka bentuk yang sama seperti iPad Air 1 yang telah dikemas kini untuk spesifikasi dalaman dan telah menggantikan iPad Air 2 sebagai peranti iPad termurah yang dijual dalam berisan peranti iPad sekarang ini.

Untuk yang berminat, anda boleh pergi ke laman jualan atas talian Apple menggunakan pautan di bawah mengikut jenis peranti untuk membuat pra-tempahan. Selamat membeli.

 

Anda juga boleh lihat senarai rangkuman kemas kini oleh Apple pada hari selasa lepas: Klik sini.

Baca rebiu dan penerangan lebih lanjut produk di atas:

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *