Pra-tempahan Kerangka Dan Tempered Glass iPhone 8 Kini Sedia Dibuat

Dengar macam tak logik kan? Tapi memang betul menurut syarikat pembuatan kerangka Olixar yang sudahpun membuka pra-tempahan untuk kerangka dan tempered glass bagi iPhone 8 yang belum lagi diperkenal mahupun dijual lagi. Seperti yang sedia maklum, iPhone 8 bakal diperkenalkan pada bulan September ini.

Menurut Olixar, dimensi dan ukuran kerangka ini ialah berdasarkan maklumat dan skematik yang diberikan oleh Apple kepada syarikat pembuatan kerangka. Mereka juga turut membuat ilustrasi iPhone 8 yang sama seperti khabar angin sebelum ini dan dipakaikan dengan kerangka tersebut.

Kerangka ini dijual oleh syarikat MobileFun dengan harga bermula dari $13.99 (~RM60) hingga ke $26.49 (~RM114). Untuk tempered glass pula dijual pada harga $26.49 (~RM114). Bagi yang berminat untuk mendapatkan kerangka iPhone 8 dengan lebih awal, anda boleh lihat senarai kerangka dan membuat pra-tempahan di sini.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *