Program bayaran balik bagi produk Beats Pill XL

Produk speaker Beats Pill XL ini telah dijual di seluruh dunia sejak Januari 2014. Namun, Apple telah mengenalpasti beberapa kes mengenai bateri speaker ini yang akan menjadi terlalu panas secara tiba-tiba. Ia juga boleh mengundang kepada risiko kebakaran.

Apple sentiasa menjadikan keselamatan pengguna sebagai perkara nombor satu. Untuk itu, mereka menawarkan pulangan wang sebanyak RM1,175 kepada sesiapa sahaja yang memulangkan semula peranti ini kepada mereka.

Cara pemulangan :-

  1. Isi borang di  –> https://www.apple.com/my/support/beats-pillxl-recall/request/
  2. Tekan hantar
  3. Apple akan menghubungi anda untuk cara pemulangan Beats Pill XL ini
  4. Wang sejumlah RM1,175 akan dihantar kepada anda melalui pemindahan wang elektronik selewat-lewatnya 4 minggu dari tarikh mereka menerima speaker ini.

Sumber : https://www.apple.com/my/support/beats-pillxl-recall/

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *