Program Gantian Bateri iPhone 6S

Pihak Apple mengenalpasti beberapa unit iPhone 6S yang mengalamai masalah terpadam sendiri. Ia hanya melibatkan unit yang dihasilkan antara September 2015 hingga Oktober 2015. Oleh kerana masalah ini, Apple telah mewujudkan Program Gantian Bateri iPhone 6S.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama ataupun masalah pada bateri anda, boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah ini.
1. Pergi ke laman https://www.apple.com/my/support/iphone6s-unexpectedshutdown/

2. Periksa sama ada iPhone 6S anda layak atau tidak. Letakkan nombor siri iPhone anda di ruangan yang disediakan. Tekan hantar.

3. Jika layak, sila ke Pusat Servis Apple (AASP) yang berhampiran dengan anda.

4. Anda perlu meninggalkan iPhone anda kepada mereka untuk diperiksa dan untuk proses penukaran. Ia mungkin mengambil masa 5 hari waktu bekerja.

 

Pihak AASP berhak untuk tidak menerima iPhone 6S anda jika mendapati ada sebarang pengubahsuaian pada iPhone anda, kecacatan dan sebagainya. Jika sebelum ini anda membayar sejumlah wang untuk mendapatkan khidmat penukaran bateri di AASP, anda berhak untuk menuntut semula wang tersebut.

Program ini masih berlangsung sehingga Oktober 2018

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *