Program Gantian Kabel USB-C

Apple telah mengenalpasti masalah pengecasan yang tidak sempurna pada sebahagian unit kabel USB-C. Macbook anda tidak akan dapat dicas dengan sempurna menggunakan kabel ini. Kabel USB-C ini dijual/disertakan bersama-sama dengan Macbook anda. Unit yang terlibat mungkin yang dijual pada June 2015.

Sehubungan dengan itu, Apple akan mengantikan kabel USB-C yang terlibat kepada yang baharu kepada semua pelanggan.

Begini langkah-langkah yang anda perlu ambil untuk mengenalpasti kabel yang terlibat dan menggantikannya kepada yang baru.

1.Kabel yang terlibat tiada nombor siri (rujuk gambar)

2. Kabel yang tidak terlibat, ada nombor siri (rujuk gambar)ada nombor siri

3. Jika kabel anda terlibat, anda perlu segera ke Pusat Servis Apple berhampiran anda. Bawa bersama Macbook / nombor siri Macbook/resit pembelian kabel sebagai bahan bukti.

4. AASP akan mengantikannya dengan percuma. Tiada bayaran dikenakan.

 

Program ini sudah berlangsung dan ianya sah sehingga 8 Jun 2018. Untuk maklumat lanjut, layari -> https://www.apple.com/my/support/usbc-chargecable/

 

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *