Apple Info iPhone

Program gantian Kamera iSight iPhone 6 Plus

iPhone 6 Plus Kamera iSight

Apple telah mengenalpasti sebilangan peranti iPhone 6 Plus yang mengalami masalah pada kamera iSight. Unit iPhone 6 Plus yang terlibat mungkin yang dijual dari September 2014 sehingga Januari 2015.

Jika anda mendapati kamera iPhone 6 Plus anda rosak dan kabur, jangan terus hantar di kedai-kedai atau juruteknik biasa. Ikuti langkah ini.

  1. Periksa sama ada anda layak untuk gantian atau tidak di https://www.apple.com/my/support/iphone6plus-isightcamera/
  2. Letak nombor siri anda di ruangan yang disediakan dan tekan hantar. (Nombor Siri boleh didapati di Seting > Umum > Perihal > Nombor Siri)
  3. Jika layak, sila ke AASP yang berhampiran. (Rujuk –> https://www.apple.com/my/support/iphone6plus-isightcamera/locate/)
  4. Urusan gantian hanya melibatkan gantian kamera iSight sahaja

Pihak AASP berhak untuk menghalang anda untuk melakukan gantian sekiranya mereka mendapati iPhone 6 Plus anda telah diubahsuai. Jika mereka mendapati ada komponen dalaman dan komponen luaran yang ditukar ganti tanpa kebenaran pihak Apple, mereka berhak untuk tidak menukar ganti kamera iSight iPhone anda.

Program gantian ini berlangsung selama 4 tahun sejak September 2014 dan akan tamat pada September 2018

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.