Program Gantian Skrin iPhone 6 Plus

Apple telah mengenalpasti beberapa peranti iPhone 6 Plus yang mempunyai masalah skrin. Masalah skrin yang dimaksudkan ialah yang seolah-olah tertekan sendiri, dan paparan yang tidak jelas pada skrin. Ia lebih dikenali sebagai “Touch Disease“. Hal ini kerana mungkin iPhone 6 Plus ini pernah jatuh. Jadi Program Gantian Skrin iPhone 6 Plus ini diwujudkan sebagai salah satu usaha tawaran servis Apple kepada pengguna.

Jika anda mengalami masalah sebegini, ikuti langkah-langkah di bawah untuk membantu anda.

1. Pastikan anda benar-benar mengalami masalah ini.

2. Pastikan skrin anda tidak retak, pecah atau ada kecacatan lain.

3. Simpan/Buat sandaran fail dan data anda di iCloud dan di iTunes (PC/Mac) sebagai langkah keselamatan supaya fail anda tidak hilang

4. Pergi ke Pusat Servis Apple (AASP) berhampiran anda.

5. iPhone anda akan diperiksa dahulu sebelum ditukar kepada skrin baharu. Mungkin mengambil masa beberapa hari bekerja.

Harga yang dicadangkan ialah RM629. Namun, pihak AASP mempunyai hak untuk menetapkan harga gantian skrin. Harga adalah berbeza dan tawaran juga berbeza mengikut AASP. Mungkin jika anda bertuah, boleh dapat gantian iPhone 6 Plus baharu.

Bagi mereka yang pernah tukar skrin di AASP, dan membayar dengan harga yang lebih mahal daripada RM629, anda boleh memohon untuk pulangan wang tambahan yang dibayar.

Program ini akan berlangsung sehingga tahun 2019

Sumber : https://www.apple.com/my/support/iphone6plus-multitouch/

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *