Qualcomm Kembali Dengan Memfailkan Saman Ke Atas Apple

Sebelum ini pada bulan Januari lepas, Apple ada memfailkan saman ke atas Qualcomm sebanyak $1 billion atas sebab royalti. Apple mengatakan Qualcomm telah memonopoli pasaran cip tanpa-wayar dan pada masa yang sama tidak memulangkan wang Apple bernilai $1 bilion disebabkan Apple bekerjasama dengan pihak berkuasa Korea Selatan.

Apple meminta Qualcomm untuk memulangkan kembali wang rebat untuk perlesenan. Di samping itu, Apple juga inginkan kembali sejumlah wang yang telah dibayar, mengatakan mereka terlebih bayar kepada pihak Qualcomm. Pada masa yang sama, Apple turut meminta mahkamah untuk mengubah bagaimana Qualcomm mengenakan cas ke atas penggunaan teknologi mereka pada masa hadapan. Apple dipetik mengatakan Qualcomm mengenakan cas sekurang-kurangnya sehingga lima kali lebih tinggi daripada pemilik paten selular lain.

Kini, Qualcomm mengatakan tuduhan Apple adalah tidak berasas, dan mereka telah membuat tindakan balas dan telah memfailkan saman kembali ke atas pihak Apple.

Menurut Qualcomm, Apple telah melanggar perjanjian mereka, selain turut menyerang syarikat mereka melalui beberapa organisasi dengan menyediakan informasi yang tidak tepat. Selain daripada itu, Apple turut dikatakan tidak mengeluarkan laporan prestasi yang betul untuk iPhone 7 dengan cip Qualcomm, selain mengugut Qualcomm supaya tidak membuat perbandingan penggunaan cip Qualcomm pada iPhone dan dengan cip pesaing.

 

Sumber: Qualcomm, Artikel sepenuhnya oleh Amanz

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *