Qualcomm Mahu Halang iPhone Dijual Di Amerika Syarikat

Sejak beberapa bulan lepas, hubungan antara Apple dan Qualcomm berada dalam situasi tegang. Qualcomm Saman Apple, Apple saman Qualcomm. Kali ini, Qualcomm mahu halang iPhone dijual di Amerika Syarikat pula.

Sejak Apple menghentikan pembayaran lesen kepada Qualcomm yang berbillion dollar jumlahnya, Qualcomm mula memasang niat untuk meminta Agensi Dagangan Antarabangsa Amerika Syarikat untuk menghalang iPhone daripada masuk ke Amerika Syarikat. Seperti yang kita ketahui iPhone dikilangkan di China (dan juga India nanti). Ia dikira sebagai barangan import di Amerika Syarikat. Agensi tersebut mempunyai kuasa untuk halang apa-apa barangan untuk diimport sekiranya berlaku masalah, penyelewengan, korupsi, menyalahi undang-undang dan sebagainya.

Sebelum ini pada bulan Januari lepas, Apple memfailkan saman ke atas Qualcomm sebanyak $1 billion atas sebab royalti. Apple mengatakan Qualcomm telah memonopoli pasaran cip rangkaian dan pada masa yang sama tidak memulangkan wang Apple bernilai $1 bilion disebabkan kerjasama Apple dengan pihak berkuasa Korea Selatan.

Apple meminta Qualcomm untuk memulangkan kembali wang rebat untuk perlesenan. Di samping itu, Apple juga inginkan kembali sejumlah wang yang telah dibayar, mengatakan mereka terlebih bayar kepada pihak Qualcomm. Pada masa yang sama, Apple turut meminta mahkamah untuk mengubah bagaimana Qualcomm mengenakan caj ke atas penggunaan teknologi mereka pada masa hadapan. Apple dipetik mengatakan Qualcomm mengenakan caj sekurang-kurangnya sehingga lima kali lebih tinggi daripada pemilik paten selular lain.

Apple dan Qualcomm enggan untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini dan ingin menyerahkan kes ini kepada mahkamah. Mereka mengharapkan mahkamah boleh menyelesaikan tuntutan ini dengan segara. Namun, untuk menunggu mahkamah untuk menyelesaikan kes ini, ia tentu mengambil masa yang lama.

Apple dan Qualcomm juga tidak asing dengan kes-kes besar di Agensi tersebut. Sebelum ini, Qualcomm pernah kalah dengan kes melawan Broadcom.  Samsung pernah kalah dengan Apple dalam kes tiru paten pada iPhone. Jadi, jika kes ini naik di Agensi tersebut, Qualcomm melawan Apple, sudah pastinya ia menarik.

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *