Rakaman Dron Terkini Menunjukkan Tingkap Sedang Dipasang Di Sepanjang Luar Bangunan Apple Park

Sebelum ini, terdapat rakaman dron yang dirakam pada waktu malam untuk menunjukkan pencahayaan sekeliling bangunan Apple Park. Bagi yang tidak tahu, Apple Park merupakan kampus Apple terkini yang dibuat untuk menggantikan kampus Infinite Loop atas ilham oleh Steve Jobs.

Kini, rakaman dron terbaru oleh Duncan Sinfield yang terkini dikeluarkan menunjukkan tingkap sedang dipasang di sepanjang luar bangunan Apple Park. Rekaan Apple Park ini berbentuk seperti kapal angkasa yang menggunakan kuasa tenaga solar sepenuhnya. Dalam rakaman itu juga menunjukkan kerja landskap sedang dijalankan seperti menanam pokok di sekitar tapak.

Rakaman dron itu juga menunjukkan kerja sedang dijalankan di Steve Jobs Theater, yang boleh menempatkan sehingga 1,000 tempat duduk dalam satu masa dan dinamakan sempena bekas pengesas Apple. Buat masa sekarang, pekerja hanya yang ditempatkan di sana dan boleh menempatkan sehingga 13,000 pekerja.

 

Sumber artikel: iDownloadBlog

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *