Rakaman Drone Terbaru Menunjukkan Kampus Apple Park Yang Hampir Siap Pada Waktu Malam

Apple Park, kampus kedua Apple yang terletak di Cupertino, California, sedang dalam persiapan untuk pembukaan pada bulan ini dengan beberapa pembinaan dan landskap masih diteruskan pada saat-saat akhir. Pemilik drone Duncan Sinfield merakam kampus Apple ini untuk memberi pandangan pada waktu malam untuk kemas kini pertengahan bulan ini.

Pada waktu petang, lampu di sekeliling kampus berbentuk ‘cincin’ itu mula dihidupkan dan menunjukkan pemandangan yang mengagumkan.

Rakaman waktu malam ditunjuk pada akhir video yang juga menunjukkan tempat letak kereta yang hampir siap, sejumlah pokok yang banyak telah ditanam di lanskap dan beberapa pembinaan terakhir yang dilakukan serta banyak lagi.

Pekerja Apple dijangka akan mula bekerja di Apple Park pada bulan ini sementara lanskap dan pembinaan bangunan tambahan akan disambung sehingga bulan yang hadapan.

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *