Berita

Samsung Akan Membina Kilang Skrin OLED Terbesar Di Dunia

Samsung dilaporan sedang merancang untuk membina kilang skrin OLED terbesar di dunia untuk memenuhi permintaan oleh beberapa syarikat pembuatan telefon. Ini adalah disebabkan kos penghasilan dan pengeluaran semakin murah dan semakin mendapat permintaan ramai dan salah satunya ialah Apple.

Kos perbelanjaan dikatakan sebanyak $21 Billion oleh Samsung yang boleh menampung kapasiti sebanyak 180,000 sehingga 270,000 panel paparan skrin OLED sebulan. Jika dibandingkan dengan kilang sedia ada iaitu “A2” yang sekarang ini menghasilkan kapasiti sebanyak 180,000 panel paparan skrin OLED sebulan.

Ini juga disebabkan permintaan yang tinggi oleh Apple untuk penggunaannya pada iPhone 8 tahun ini dan juga pada tahun hadapan. iPhone 8 bakal dilancarkan dengan panel paparan skrin OLED manakala iPhone 7s dan iPhone 7s Plus masih menggunakan panel paparan skrin LCD seperti iPhone generasi sebelum ini.

 

Sumber artikel: ETNews

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.