Satu Lagi Laporan Menyokong Penjualan iPhone 8 Akan Ditangguh Ke Bulan Oktober/November

Sebelum ini terdapat laporan oleh penganalisis daripada KGI Securities, Ming-Chi Kuo mengenai fasa penjualan peranti iPhone X / iPhone 8 yang akan ditangguhkan sekurang-kurangnya ke bulan Oktober atau November. Menurut KGI, ini disebabkan pembekalan berikut paparan panel OLED yang ditempah khas, cip pemprosesan Apple A11 berasaskan rekaan 10nm membuatkan penjualan iPhone ini dilambatkan.

Kini, Nikkei telah mengeluarkan laporan yang mendakwa iPhone 8 ini mungkin tidak akan sampai ke tangan pelanggan sehingga bulan Oktober atau November. Laporan itu menyenaraikan panel OLED, komponen pengecasan tanpa wayar dan papan induk yang baharu sebagai penyebab yang mungkin akan berlaku kepada pembekalan dan pengeluaran.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Samsung dilantik sebagai pembekal eksklusif untuk paparan panel skrin OLED bagi iPhone 8 untuk tahun ini. Dalam laporan oleh Nikkei itu juga, menceritakan Samsung mempunyai masalah untuk menampung kehendak oleh Apple tapi tidak mengulas lanjut mengenai masalah tersebut.

Apple dijangka, mungkin akan memperkenalkan tiga peranti terbaru sekali gus pada bulan September ini dan penjualan akan bermula sekurang-kurangnya dalam seminggu atau dua minggu selepas itu. Apabila penjualan iPhone 8 dimulakan pada bulan Oktober/November, stok penjualan dipercayai adalah tidak banyak dan terhad.

Namun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berdasarkan analisa, khabar angin dan ura-ura ini tapi tidak semestinya ia tidak betul berdasarkan maklumat yang diberikan oleh mereka yang sahih untuk iPhone yang sebelum-sebelum ini.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *