Satu Lagi Permohonan Paten Penggunaan Apple Pencil Pada iPhone Telah Diluluskan

Sebelum ini, terdapat pelbagai permohonan paten yang diusulkan oleh Apple semenjak Tim Cook mula mengambil alih pemerintahan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple. Paten yang dimaksudkan ialah penggunaan stylus atau lebih tepat Apple Pencil untuk digunakan pada peranti iPhone.

Apple Pencil yang berharga RM449 buat masa ini hanya boleh digunakan pada peranti iPad Pro sahaja yang mempunyai lapisan khas pada panel skrin untuk menerima tindak balas stylus tersebut. Dalam paten yang baharu ini lebih kepada teknikal untuk mengenalpasti kedudukan stylus tersebut pada sebuah peranti skrin sesentuh.

Paten ini juga menerangkan mengenai terma spesifik untuk peranti skrin sesentuh dan terdapat beberapa lukisan yang memperlihatkan rekaan peranti iPhone, dilabelkan sebagai peranti mudah alih. Terdapat juga khabar angin sebelum ini yang agak tidak tepat menyatakan Apple bakal menyertakan Apple Pencil bersaiz kecil dalam pakej iPhone pada tahun 2019.

 

Sumber: Patently Apple

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *