Satu Lagi Skematik ‘iPhone X’ Tertiris Menunjukkan Dwi-Kamera Menegak Dan Touch ID Pada Belakang Kerangka Aluminium

Satu demi satu lukisan reka bentuk skematik yang menunjukkan reka bentuk peranti iPhone X atau iPhone 8 telah tertiris pada hari ini, hasil oleh Sonny Dickson di Twitter. Beliau merupakan salah seorang dan salah satu sumber yang dipercayai mengenai khabar angin dan ciri-ciri mengenai produk telefon pintar terbaru yang bakal dikeluarkan khususnya peranti iOS ini.

Lukisan yang dipercayai daripada salah satu kilang pembuatan iPhone menunjukkan peranti iPhone dengan dwi-kamera pada posisi menegak dan pengesan cap jari yang terletak di belakang yang berada di bawah logo Apple pada peranti tersebut. Rekaan ini dipercayai merupakan salah satu rekaan model prototaip yang Apple tengah pertimbangkan seperti laporan sebelum ini yang mengatakan syarikat tersebut tengah mencuba beberapa rekaan model prototaip.

Oleh Benjamin Geskin

Bloomberg sebelum ini ada berkata, salah satu rekaan model prototaip yang Apple tengah mencuba ialah mempunyai ‘reka bentuk ringkas’ dengan kerangka aluminium daripada rekaan kaca di belakang dan mempunyai dimensi yang lebih besar, dan huraian tersebut dilihat sama seperti skematik di atas. Dimensi skematik di atas juga sama seperti skematik yang telah tertiris sebelum ini.

Sebelum ini juga terdapat ura-ura bahawa Apple akan menggunakan rekaan pengesan cap jari Touch ID di belakang iPhone jika mereka gagal untuk mengintegrasikan Touch ID tersebut pada paparan skrin OLED. Namun, semuanya masih khabar angin dan sebarang spekulasi, ura-ura dan khabar angin lebih lanjut dan lebih mendalam berkaitan ciri-ciri produk Apple baharu ini akan diketahui pada minggu-minggu akan datang.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *