Satu Laporan Meragukan Oleh Pembekal Mengatakan Apple Akan Memperkenalkan Dua Model iPhone 8, Tiada iPhone 7s

Apple akan memperkenal dan mengeluarkan hanya dua iPhone sahaja untuk tahun ini, menurut laporan terbaru oleh MicGadget berdasarkan beberapa sumber dari dalam Foxconn sendiri yang telah memberi maklumat kepada laman web dari China tersebut.

Dua model tersebut akan menggunakan paparan panel skrin OLED dengan ‘teknologi yang baharu’, seperti yang dilaporkan sebelum ini model yang akan menggunakan paparan panel skrin OLED ialah iPhone X atau iPhone 8. Menurut MicGadget, laporan tersebut diterima berdasarkan tempahan yang diterima oleh pengilang Foxconn untuk menghasilkan dua model sahaja.

Sebelum ini, terdapat laporan oleh Bloomberg, penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo yang berkata dalam laporan mereka bahawa pihak Apple akan memperkenalkan 3 model iPhone pada tahun ini seperti yang dijangkakan ialah iPhone 7s, iPhone 7s Plus dan iPhone 8. Seperti yang sedia maklum, model iPhone 7s dan iPhone 7s Plus dijangka akan dijual dengan harga yang murah berbanding iPhone 8.

Ini mungkin disebabkan faktor dimana Apple tidak dapat mengeluarkan dan menampung pembekalan ketiga-tiga peranti iPhone tersebut. Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh KGI, penjualan iPhone X / iPhone 8 akan ditangguhkan ke bulan Oktober atau November.

Secara pendapat peribadi, ia bukan ‘langkah’ biasa yang dibuat oleh Apple untuk mengeluarkan sesuatu produk. Namun, jika betul ia akan mencatat sejarah yang terbaru buat Apple seperti model iPhone 5c dan iPhone 5s yang dilancarkan serentak sebelum ini.

 

Sumber artikel: Cult of Mac dan 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *