iOS

Sebahagian Pengguna Melaporkan Perkataan ‘It’ Automatik Ditukarkan Kepada ‘I.T’ Pada iOS 11 Ke Atas

Sejak sistem operasi iOS 11 telah diperkenal, dilancar, dan dilepaskan dengan rasmi, pelbagai pengguna melaporkan masalah pepijat, kestabilan, penggunaan dan sebagainya yang terjadi pada peranti mereka. Ini kerana, setiap pengguna dan setiap peranti, penggunaannya ialah tidak sama dan oleh itu tidak semua akan terkena dengan masalah yang terjadi.

Boleh dikatakan sistem operasi iOS 11 ini ialah paling teruk sekali apabila dibandingkan dengan sistem operasi iOS yang sebelum ini selepas dilancarkan. iOS 11 dan pepijat, berpisah tiada. Yang terbaru ialah terdapat sebahagian pengguna iPhone pada iOS 11 ke atas melaporkan, perkataan “it” yang ditaip telah ditukarkan secara automatik kepada perkataan “I.T”.

Gambar oleh Sean James (@Sean_w_924).

Para pengguna yang terkena melaporkan apabila menaip perkataan “it”, perkataan “I.T” dipaparkan pada cadangan QuickType. Selepas menekan butang jarak, perkataan “it” telah ditukarkan kepada “I.T” tanpa menekan pada cadangan teks ramalan (Predictive Text) seperti gambar di atas.

Sejumlah pengguna melaporkan masalah ini pada forum MacRumors, laman Twitter dan beberapa platform lain semenjak iOS 11 dilepaskan dengan rasmi. Terdapat juga perkataan lain seperti “is” yang secara automatiknya ditukar kepada “I.S” dilaporkan oleh pengguna.

Ramai pengguna menyatakan pepijat ini masih lagi terdapat selepas menghidupkan semula peranti dan membuat penyelesaian asas lain. Bagi pengguna yang terkena, cara yang terbaik buat sementara waktu ini ialah meletakkan perkataan “it” untuk frasa (phrase) dan pintasan (shortcut) pada Settings > General > Keyboard > Text Replacement.

Cara lain ialah menyaktaktifkan Auto-Correction dan/atau Predictive pada Settings > General > Keyboard. Pepijat ini dilihat lebih kurang sama dengan pepijat Predictive Text sebelum ini yang menukarkan huruf ‘i’ kepada huruf dan simbol ‘A ⍰’ ketika menaip pada papan kekunci dan telah diperbaiki dalam kemas kini iOS 11.1.1.

Tidak dipastikan samada bila untuk Apple melepaskan kemas kini baharu untuk memperbaiki masalah ini. Walaupun dilihat kecil, sebahagian pengguna masih tidak boleh menaip perkataan “it” atau “is” sehingga kini pada iOS 11.

 

Sumber artikel: MacRumors | Gambar: 

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.