Sebanyak 10% Peranti Telah Menggunakan iOS 11 Dalam Tempoh 24 Jam

Sistem operasi Apple yang baharu iaitu iOS 11 dilepaskan dengan rasmi pada beberapa hari yang lepas dilihat tidak disukai oleh pengguna seperti sistem operasi iOS 10 yang dahulu. Menurut maklumat yang dikongsikan oleh syarikat penganalisis, Mixpanel yang menunjukkan sebanyak 10.01% daripada peranti yang disokong telah memasang dan menggunakan versi iOS 11 ini.

Jika dibandingkan dengan sistem operasi iOS 10 sebelum ini, sebanyak 14.45% peranti dalam tempoh 24 jam. Bagi versi iOS 9 yang dilepaskan dengan rasmi pada tahun 2015 pula ialah sebanyak 12.60% peranti dan bagi sistem operasi iOS 8 ialah sama selepas dilepaskan pada tahun 2015.

Proses pemasangan iOS 11 tidaklah seteruk seperti iOS 10 yang dimana ramai pengguna menghadapi masalah seperti tersekat pada logo Apple dan iTunes dan perlu membuat Restore iOS pada iTunes ketika menggunakan cara OTA. Apple juga telah menamatkan sokongan untuk peranti dan aplikasi 32-bit, yang juga merupakan salah satu faktor tidak ramai yang mahu menggunakan iOS 11 ini.

Ketika versi iOS 11 telah dilepaskan, penggunaan versi iOS 10 juga telah menunjukkan penurunan. Kini, sebanyak 84.55% peranti masih kekal menggunakan sistem operasi iOS 10 manakala sebanyak 5.44% peranti masih menggunakan sistem operasi iOS yang lama.

iOS 11 sedia dimuat turun dengan rasmi bermula 20 September yang lepas, dimana sebanyak 22 peranti 64-bit bermula dari iPhone 5s ke atas, iPad mini 2 ke atas, iPad generasi kelima, iPad 9.7-inci terbaru, kesemua iPad Air, kesemua iPad Pro dan juga iPod touch 6 menyokong iOS 11 ini.

Bagi yang berminat untuk membuat mengemaskini iOS 11, anda boleh melihat panduan lengkap dan apa yang anda perlu tahu mengenai iOS 11 ini.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *