Sebilangan Pemilik iPhone X Melaporkan Mendengar Bunyi ‘Berdesir’ Daripada Pembesar Suara Pendengar

Terdapat sebilangan tapi semakin meningkat jumlah pemilik iPhone X yang melaporkan telah menghadapi dan mendengar bunyi berdesir atau berkersik ataupun berdengung (hum) daripada pembesar suara pendengar hadapan pada nada yang tinggi atau kuat. Menurut MacRumors, terdapat pelbagai laporan yang dilaporkan pada forum, laman Twitter dan Reddit mengenai masalah ini.

Pada peranti premium yang terkena masalah ini, akan terjadi apabila audio dimainkan seperti contoh; panggilan telefon, mendengar lagu, menonton video dengan bunyi dan nada dering. Masalah ini dilihat tidak terjadi pada spesifik unit iPhone X atau pada versi iOS.

Bagi yang tidak tahu, pembesar suara pendengar pada iPhone X berfungsi sebagai pembesar suara yang digabungkan dengan pembesar suara di bawah untuk menghasilkan bunyi stereo atau sistem dwi pembesar suara. Ciri ini juga terdapat pada kedua-dua siri iPhone 7 dan iPhone 8.

Sebelum ini, terdapat beberapa pemilik iPhone 8 dan iPhone 8 Plus melaporkan masalah audio pecah dan gangguan statik ketika membuat penggilan suara. Apple telah pun mengenalpasti dan seterusnya mengeluarkan kemas kini iOS 11.0.2 untuk memperbaiki masalah ini.

Menurut pengguna yang menghubungi Apple, telah mendapat gantian unit iPhone X yang terkena masalah ini secara percuma. Apple juga dilihat sedang mengumpul maklumat untuk membolehkan jurutera mereka menjalankan siasatan mengenai masalah ini samada berpunca daripada perisian atau perkakasan.

Sama seperti masalah garisan hijau telah yang muncul pada paparan skrin peranti iPhone X, masalah seperti ini sememangnya akan terjadi pada sebahagian kecil unit peranti iPhone X pengeluaran awal. Majoriti keseluruhan pemilik iPhone X melaporkan tidak menghadapi masalah ini.

Jika anda pengguna terawal yang telah membeli iPhone X berharga RM10 ribu dan mempunyai masalah ini, anda disarankan untuk menghubungi pihak Apple Support melalui telefon, e-mel atau perbualan dalam talian. Apple sedia membantu masalah ini untuk anda tidak menangis akan wang yang dihabiskan ataupun boleh membeli unit iPhone X yang lebih murah pada 24 November ini di Malaysia secara rasmi.

Sekiranya anda pengguna dan bakal pengguna iPhone X akan datang, sila pastikan periksa dahulu peranti ketika membeli untuk mengelakkan masalah seperti ini berlaku atau menunggu pengeluaran kedua yang biasanya dipasarkan pada awal tahun hadapan.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *