Seiko Akan Menjual Jam Tangan Ikonik Dipakai Oleh Steve Jobs

Jenama jam terkemuka dari Jepun, Seiko akan mula menjual replika jam tangan Chariot dalam jumlah yang terhad dan paling menyedihkan ia akan dijual dalam pasaran negara Jepun sahaja. Jam tangan ikonik minimalis tersebut dipakai oleh Steve Jobs dalam potrait tahun 1984 yang ditangkap oleh jurugambar Norman Seeff dan kemudiannya digunakan untuk muka hadapan Time Magazine.

Jam tangan yang asal dimiliki dan dipakai oleh Steve Jobs telah dilelong pada Februari 2016 lepas dengan harga $42,500. Untuk model replika ini, Seiko akan menjual dalam dua variasi saiz 33mm (sama seperti saiz asal) dan saiz lebih besar, 37.5mm. Syarikat jam tangan tersebut akan menjual sebanyak 1,982 unit dengan pilihan warna putih dan 300 unit tambahan berwarna hitam. Jam tangan itu akan dijual dengan harga ¥20,000 (dalam lingkungan RM800 lebih mengikut nilai mata wang sekarang).

Seiko Chariot akan mula dijual bermula 10 Mac ini.

Steve Jobs bersama dengan jurugambar Norman Seeff.

 

Sumber: The Verge

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *