Sejauh Mana Prestasi 4G/LTE Pada iDevice Di Malaysia?

Sejauh mana prestasi 4G/LTE pada iDevice di Malaysia? Umum mengetahui bahawa 4G/LTE di Malaysia semakin berkembang. Bermula dengan Maxis yang melancarkan 4G LTE di Malaysia pada kelajuan 75Mbps, kini, sudah mencapai 225Mbps iaitu sudah memasuki tahap LTE-Advanced. Artikel ini bukannya mahu memberi pendefinisian 4G, LTE, 4G+, LTE-A dengan lebih mendalam seperti yang ditetapkan oleh International Telecommuncation Union, tetapi lebih kepada memberi informasi kepada kalian tentang keupayaan iDevice dari segi kelajuan 4G/LTE di Malaysia.

Asasnya, di Malaysia, 4G dan LTE disalurkan melalui band 3, 5, 7, 8*, 38, 40. Boleh rujuk artikel iPhone Anda Sokong LTE/4G di Malaysia? untuk mengetahu lebih lanjut. Artikel itu juga menekankan tentang perbezaan model dan band yang disokong. Jadi, jangan pelik sekiranya anda dapati iPhone anda tidak dapat 4G/LTE tetapi iPhone rakan anda yang sama modelnya, mendapat 4G/LTE.

Tahukah anda, Malaysia bukanlah negara yang lewat menerima teknologi 4G/LTE, bahkan Malaysia merupakan antara negara yang terawal menerima teknologi ini iaitu sejak tahun 2013 lagi. Pada tahun 2015 pula, Malaysia menerima teknologi LTE-A.

Apple mula menggunakan teknologi LTE pada peranti iPad, iaitu iPad 3. Manakala untuk peranti iPhone, ianya bermula daripada iPhone 5. Kedua-duanya ialah pada tahun 2012. Manakala pada tahun 2015, Apple mula menggunakan teknologi LTE-A pada peranti iPhone, iaitu iPhone 6S/6S+ dan diikuti dengan iPad Pro 9.7 pada awal tahun 2016. Kedua-dua peranti ini menyokong LTE Cat 6 yang mana kelajuan maksimumnya ialah 300Mbps.

Seperti yang dinyatakan, kelajuan maksimum LTE-A di Malaysia ini ialah 225Mbps iaitu daripada syarikat rangkaian Maxis dan juga DiGi (baru sahaja). Sudah tentu yang pakai iDevice mahukan kelajuan sebegini atau hampir sebegini kan?

kredit: FB Pak Busu

iPhone 6S Plus , DiGi

4g/lte

iPhone 6S Plus, Celcom

Jadi bagaimanakah prestasi iPhone dan iPad anda? Kongsikanlah kepada kami dengan membalas komen di bawah ini ataupun tweet di @augdotmy , Facebook Group Apple User Group Malaysia dan Facebook Page Apple User Group Malaysia.

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

One thought on “Sejauh Mana Prestasi 4G/LTE Pada iDevice Di Malaysia?

  • May 7, 2017 at 11:07 pm
    Permalink

    Hai, bagi saya prestasi Celcom 4G ditempat saya dan juga di pejabat sangatlah memuaskan. Ini kerana rumah saya telah pun ada liputan sepenuhnya 4G dan kelajuannya juga diantara 90-140 Mbps (average adalah 100Mbps).
    🙂

    Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *