Sejumlah Pengguna Macbook Pro 15-inci Mendengar Bunyi ‘Pengepopan” Dari Komputer Mereka

Komputer Macbook Pro dengan Touch Bar yang diperkenalkan oleh Apple pada tahun 2016 lepas telah banyak mendapat pelbagai respon termasuklah respon negatif terutamanya pada port USB-C dimana pengguna perlu membeli penyesuai untuk menyambungkan dengan kabel yang lain. Kini, terdapat sejumlah pengguna yang melaporkan mereka mendengar bunyi pelik seakan bunyi pengepopan yang keluar dari komputer mereka. Laporan tersebut mula dibangkitkan pada laman sokongan rasmi Apple termasuklah forum yang lain.

*Pengepopan = popping, sumber: PRPM @ DBP

Pengguna menerangkan bunyi pengepopan tersebut sama seperti ketika botol plastik ditekan. Sementara itu, beberapa pengguna lain mengatakan mereka tidak mendengar bunyi tersebut dan terdapat pengguna lain yang memberitahu bunyi tersebut akan dapat didengar ketika membuat tugasan berat seperti menyunting video, strim video, terutamanya ketika kipas komputer Macbook Pro tersebut mula laju.

Selain itu, ada pengguna yang membuat spekulasi tentang isu ini berkaitan dengan engsel pada komputer tersebut apabila ia panas yang menyebabkan gam atau komponen plastik mula rapuh. Isu ini banyak berlaku pada komputer Macbook Pro 15-inci, memandangkan ia mungkin disebabkan panel skrin yang agak berat.

Respon oleh Apple tentang isu ini mula dibuat kepada pengguna yang menghadapi masalah ini. Sebahagiannya menyatakan Apple telah menggantikan komponen dalaman komputer seperti papan induk tapi masih tidak menyelesaikan masalah. Ada juga pengguna yang dikenakan bayaran $130 setelah Apple memberitahu terdapat lekuk kecil di bawah kerangka komputer yang tidak termasuk dalam waranti.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *