Selepas Imagination Dan Dialog, Pembekal Synaptics Mungkin Akan Menerima Nasib Yang Sama

Apple kini sedang membangunkan cip dan komponen untuk produk mereka dengan sendirinya dan syarikat pembekal seterusnya yang mungkin akan ditamatkan kontrak ialah Synaptics. Pembekal Synaptics merupakan syarikat pembuatan dan membangunkan teknologi komponen skrin “original equipment manufacturers (OEM)” kepada Apple. Ramalan ini dibuat oleh penganalisis Credit Suisse yang mengatakan, syarikat itu sedang dalam risiko yang tinggi untuk Apple menamatkan kontrak mereka.

Sebelum ini, Apple telah menamatkan kontrak bersama dengan pembekal daripada Britain, Imagination Technologies yang membekal cip grafik pada peranti iOS dalam masa dua tahun akan datang dan membuatkan saham syarikat itu jatuh menjunam sebanyak 70%. Menjadikan saham yang paling rendah sejak tahun 2009.

Selain itu, Apple juga turut dijangka akan membangunkan sendiri cip pengurusan tenaga bagi peranti iPhone pada tahun 2019 akan datang. Ramalan ini dibuat oleh penganalisis Karsten Iltgen daripada bank pelaburan di German, Bankhaus Lampe yang mengatakan Apple mungkin akan mengurangkan bekalan untuk cip pengurusan tenaga daripada pembekal Dialog Semiconductor dari semasa ke semasa.

Faktor lain juga merupakan penyebab penamatan kontrak ini akan berlaku setelah pengumuman oleh Synaptics pada tahun 2015 yang menyatakan syarikat tersebut akan membangunkan pengawal skrin force-sensing untuk peranti Android sebulan selepas pengumuman skrin 3D Touch pada iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *