Semua Barisan Komputer Riba Mac Mungkin Akan Dikemas Kini Pada WWDC 2017

Apple dikhabar akan mengumumkan kemas kini untuk produk komputer riba mereka pada acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) 2017 yang akan berlangsung pada 6 Jun ini, menurut Bloomberg. Kemas kini ini akan meliputi komputer Macbook, Macbook Pro yang dijangka akan diumumkan dan Apple juga berkemungkinan akan mengemas kini komputer Macbook Air.

Macbook Pro yang dikemas kini pada Oktober lepas dengan rekaan nipis dan mempunyai Touch Bar, bakal dikemas kini dengan pemprosesan Kaby Lake yang lebih pantas berbanding pemprosesan Skylake untuk model terkini. Rekaan adalah masih sama dengan model sekarang dan hanya dikemas kini untuk spesifikasi dalaman. Apple Macbook, komputer dengan skrin bersaiz 12-inci juga dilapor akan dikemas kini  dengan pemprosesan Kaby Lake.

Komputer Macbook Air sebelum ini tidak dikemas kini oleh Apple sejak Mac 2015 yang lepas disebabkan Macbook dan Macbook Pro yang lebih nipis berbanding model ‘Air’ ini. Namun menurut Bloomberg menyatakan, Apple sedang membuat keputusan untuk mengemas kini dengan pemprosesan terkini. Jika betul, Macbook Air mungkin akan dijual untuk beberapa tahun sebagai model komputer riba Mac dengan harga murah. Penjualan Macbook Air juga masih kekal tertinggi disebabkan ia mampu dibeli.

WWDC 2017 akan berlangsung pada 6 Jun ini yang akan membentangkan dan memperkenal sistem operasi baharu iaitu iOS 11, watchOS 4, tvOS 11 dan macOS 10.13. Khabar angin turut menyatakan Apple bakal memperkenal iPad Pro 10.5-inci dan Siri Speaker pada acara khas tersebut.

Untuk komputer iMac, Mac Mini dan Mac Pro pula tidak dinyatakan dalam laporan tersebut.

 

Sumber artikel: MacRumors dan Bloomberg

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

2 thoughts on “Semua Barisan Komputer Riba Mac Mungkin Akan Dikemas Kini Pada WWDC 2017

  • May 18, 2017 at 5:14 pm
    Permalink

    Rase mcm nk beli Macbook
    Bg pendapat skit…
    Beli sekarang atau tunggu update?
    nanti mesti harge jadi lg naik kan

    Balas
    • May 18, 2017 at 5:42 pm
      Permalink

      tunggu je. kalau spec upgrade ni biasanya harga masih sama. kalau full redesign baru dijual dengan harga baru

      Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *