Senarai Akhir 69 Emoji Baru Untuk 2017 Dikeluarkan, Bakal Hadir Dalam iOS 11

Penggunaan Emoji tidak lagi janggal digunakan dalam setiap perbualan mesej termasuklah kemas kini status dan sebagainya. Bahasa emoji ini semakin hari, semakin popular digunakan oleh setiap pengguna tidak kira peringkat umur.

Malah, terdapat pengguna yang kreatif yang menggunakan bahasa emoji ini sahaja untuk bertutur dalam perbualan serta memahami setiap maksud dan makna emoji tersebut. Ada juga situasi lucu dimana pengguna salah sangka dengan penggunaan emoji, contohnya emoji ketawa digunakan untuk situasi sedih dan mengundang pergaduhan disebab tidak tahu maksud serta penggunaan emoji tersebut.

Menurut sumber oleh Emojipedia, emoji untuk tahun 2017 ini telah dikeluarkan dalam versi Emoji 5.0 untuk kemas kini Unicode 10.0. Senarai akhir kesemuanya mempunyai sebanyak 69 emoji. Contoh emoji di bawah ini diilustrasikan mengikut emoji seperti yang terdapat dalam sistem operasi iOS:

Emoji yang mendapat perhatian ialah wanita bertudung, tangan berdoa, ibu menyusu, Elf, zombie dan sebagainya. Kesemua emoji ini akan ditambah pada setiap sistem operasi yang akan tiba pada tahun ini. Untuk iOS pula, ia akan hadir dalam sistem operasi iOS 11 yang akan diperkenalkan pada WWDC bulan Jun ini. Versi beta iOS 11 akan dikeluar selepas WWDC berlangsung dan versi stabil iOS 11 untuk semua pengguna pula akan dilepaskan pada acara khas Apple bulan September yang akan dibentang bersama-sama dengan pengenalan iPhone 8.

 

Sumber: Emojipedia

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *