[Senyum Sabtu] Merriam-Webster Menambah Perkataan Baru: ‘Sheeple’ aka iFa-

Mengikut tweet Merriam-Webster, mereka telah menambah perkataan ‘sheeple’ ke dalam kamus mereka. Perkataan ini pertama kali digunakan pada 1945 dan baru dijadikan perkataan rasmi di dalam laman web kamus terkenal mereka.

Sheeple: people who are docile, compliant, or easily influenced

Yang menariknya, Merriam-Webster telah menggunakan Kipas-Susah-Mati Apple sebagai salah satu contoh untuk penggunaan perkataan tersebut.

Apple’s debuted a battery case for the juice-sucking iPhone—an ungainly lumpy case the sheeple will happily shell out $99 for. — Doug Criss

Jangan salah faham, perkataan ni boleh digunakan untuk sesiapa sahaja yang mudah dipengaruhi, dijinakkan atau mudah patuh. Cuma mulai sekarang, anda bolehlah menggunakan perkataan baru ni jika ada rakan-rakan anda yang suka membeli apple produk tanpa mengira jenis dengan pemikiran “aku mesti beli semua produk apple” sebagai SHEEPLE!

P/S: Saya bukan sheeple sebab tak beli sarung bateri Apple tu 😛

 

Sumber artikel: Cult of Mac dan MacRumors

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *