Seorang Budak 10 Tahun Berjaya Menyahkunci Face ID Pada iPhone X Milik Ibunya

Satu video telah dimuat naik yang menunjukkan seorang budak 10 tahun berjaya menyahkunci iPhone X milik ibunya. Wajah yang telah ditetapkan pada iPhone X tersebut ialah wajah ibunya tapi anaknya telah berjaya menyahkunci Face ID dan mengakses peranti tersebut.

Attaullah Malik, Sana Sherwani ibu bapa kepada anak mereka Ammar Malik berkata, anaknya telah mengambil peranti iPhone X baharu milik ibunya tanpa kebenaran dan tidak disangka telah berjaya menyahkunci peranti tersebut dalam percubaan pertama. Selain itu, Ammar juga berjaya menyahkunci iPhone X milik bapanya tapi dengan hanya satu percubaan sahaja.

Wartawan WIRED, Andy Greenberg telah menyarankan Sana untuk mendaftarkan kembali wajah beliau dan lihat apa yang terjadi. Apabila berbuat demikian, iPhone X tidak lagi membenarkan untuk Ammar mengakses. Menariknya, selepas Sana mencuba sekali lagi untuk mendaftar beberapa jam kemudian pada waktu dan keadaan yang sama semasa beliau menetapkan iPhone X sebelum ini dan anaknya kembali boleh mengakses menggunakan wajah.

Menurut ibu bapanya, tiada siapa yang memasukkan kata kekunci Passcode selepas nyahkunci tidak berjaya dilakukan. Dalam dokumen sekuriti Face ID, jika Face ID tidak berjaya mengenali wajah pemilik tapi mempunyai padanan yang sama dengan memasukkan Passcode, kamera TrueDepth akan mengimbas wajah sekali lagi untuk meningkatkan kebolehpercayaannya (jika pemilik memotong rambut, janggut tumbuh dan sebagainya).

Dengan tiada Passcode dimasukkan, Face ID mungkin tidak mengenali wajah anaknya. Dalam dokumen yang sama, menerangkan kebarangkalian untuk mendapat padanan yang salah ialah berlainan untuk kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah disebabkan struktur wajah tidak mengalami perubahan yang ketara seperti orang dewasa.

Walau bagaimanapun, video tersebut telah menunjukkan Face ID ini tidaklah selamat mengikut pada situasi dan waktu tertentu. Ini kerana Face ID masih lagi generasi pertama dan pembangunan penambahbaikan secara berperingkat akan dilakukan pada tahun berikutnya. Tidak kira Face ID atau Touch ID sekali pun, penggunaan kata laluan panjang ialah yang paling selamat sekali.

Dalam berita yang berkaitan, Bkav iaitu firma sekuriti dikatakan telah berjaya memintas Face ID menggunakan topeng yang dibuat oleh mereka. Namun, pihak Bkav tidak memberikan maklumat lebih lanjut mengenai cara dan bagaimana mereka lakukan untuk pintasan ini.

Face ID mempunyai lapisan sekuriti bercirikan ‘Require Attention’ yang berfungsi dengan mengesahkan pemilik telah melihat pada kamera TrueDepth dan sensor yang lain. Ini ialah untuk memudahkan orang buta atau mempunyai masalah penglihatan menyahkunci peranti menggunakan wajah mereka tanpa perlu melihat pada kamera. Tidak dipastikan samada pihak Bkav telah menyahaktifkan ciri ini pada Settings > General > Accessibility

Jika video tersebut betul dan disahkan, pengguna biasa seperti kita semua tidak perlu risau. Peluang untuk seseorang membuat topeng wajah anda ialah susah dan agak lama kecualilah anda anak sorang raja, perdana menteri, bangsawan dan orang berkepentingan di atas muka bumi ini.

Apple belum lagi memberi respon mengenai video ini.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *