Siri Mungkin Boleh Mengenali Suara Pemilik Dan Mengubah Penggunaan Arahan “Hey Siri”

Baru-baru ini United States Patent & Trademark Office (USPTO) telah menerbitkan permohonan paten yang dibuat oleh Apple, ia merupakan sistem keselamatan terbaru yang munkin akan atau tidak hadir kepada Siri dalam masa yang akan datang. Sistem ini membolehkan Siri mengenalpasti suara pengguna dan memadankannya kepada pemilik peranti.

Ciptaan ini juga berpotensi untuk menghalang daripada interaksi yang tidak dibenarkan melalui Siri pada Lock screen dan kesemua peranti Carplay dan HomeKit.

Berdasarkan maklumat dalam paten tersebut, pembantu peribadi maya ini juga boleh ditetapkan untuk mengenalpasti frasa yang dibuat selain frasa yang tidak boleh diubah hari ini iaitu “Hey Siri”. Ia merupakan combinasi frasa unik dan ciri-ciri pengguna iaitu pemilik peranti yang akan membuatkan sistem dua-faktor biometri suara bagi mengkuatkan sekuriti peranti.

 

Sumber: iDownloadblog

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *