Siri Rancangan Rasmi Pertama Oleh Apple ‘Carpool Karaoke’ Telah Ditunda

Apple telah menundakan tarikh tayangan “Carpool Karaoke: The Series”, siri rancangan rasmi pertama oleh Apple, menurut laporan oleh ReutersSiri itu yang akan ditayangkan di Apple Music yang dilaporkan akan mula ditayang secara rasmi pada bulan April sebelum ini tapi telah ditunda. Apple pada asalnya merancang untuk membuat parti perasmian sempena siri “Carpool Karaoke” ini pada bulan Mac tapi telah ditunda juga.

“Carpool Karaoke: The Series” merupakan siri yang berdasarkan segmen popular Carpool Karaoke daripada “The Late Late Show with James Corden” yang sebelum ini bergandingan beberapa artis dan juga selebriti popular untuk bernyanyi bersama lagu yang diminati mereka. Apple telah membeli hak siri tersebut pada pertengahan 2016 dan menunjukkan trailer pertama siri tersebut pada bulan Februari 2017 lepas.

Siri itu akan ditayangkan dalam 16 episod, setiap episod berdurasi selama 30 minit yang akan menampilkan selebriti bergandingan bersama di dalam kereta dan menyanyikan senarai lagu pilihan mereka. Menurut Apple, siri itu juga akan membuat kejutan untuk peminat bagi melihat selebriti pilihan mereka.

“Carpool Karaoke: The Series” akan dibintangi oleh James Corden, Will Smith, Billy Eichner, Metallica, Alicia Keys, John Legend, Ariana Grande, Seth MacFarlane, Chelsea Handler, Blake Shelton, Michael Strahan, John Cena, Shaquille O’Neal, Maisie Williams, Sophie Turner dan ramai lagi, dengan beberapa pengacara untuk setiap episod.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *