Sistem Operasi iOS 10.2.1 Dan iOS 10.3 Telah Diberhentikan Serta Merta

Selepas versi beta kedua untuk kemas kini iOS 10.3.2 dikeluarkan untuk pembangun, Apple telah membuat kejutan dengan serta merta menghentikan sistem operasi iOS 10.2.1 dan iOS 10.3 serentak. Ini dibuat selepas kemas kini rasmi iOS 10.3.1 dilepaskan seminggu yang lalu dan dua minggu lalu, kemas kini rasmi iOS 10.3 dilepaskan kepada semua pengguna.

Terma diberhentikan itu dimaksudkan, sebarang proses kemas kini, downgrade dan restore bagi kedua-dua sistem operasi iOS tersebut tidak boleh dibuat setelah dihalang dan dibuang daripada server iTunes dan Apple.

iOS 10.3 telah memperkenalkan fungsi Apple File System (APFS), Find My Airpods dan pelbagai fungsi terbaru yang lain. Selepas pengguna mengemaskini iOS 10.3 daripada iOS 10.2.1, peranti mereka akan beralih kepada penggunaan sistem fail APFS. APFS telah menggantikan sistem fail HFS+ yang mula diperkenalkan dalam tahun 1998 dan berusia hampir 20 tahun yang muIa muncul dalam era komputer Mac dan agak susah untuk dibangun serta digunakan dengan peranti terkini seperti iPhone, Apple Watch dan Apple TV.

Keputusan untuk memberhentikan sistem operasi ini dibuat oleh Apple disebabkan terdapat beberapa pepijat dan sekuriti yang lemah pada kedua-dua sistem operasi tersebut. Contohnya, kemas kini iOS 10.3 mempunyai pepijat pada iCloud dan lubang exploit di Safari. Bagi yang tidak tahu, ini merupakan rutin Apple untuk menghentikan sistem operasi lama selepas melepaskan kemas kini rasmi iOS yang baharu kepada semua pengguna dalam tempoh dua hingga tiga minggu kemas kini terbaru itu dilepaskan.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *