Skematik iPhone X Baharu Tertiris Menunjukkan Komponen Pengecasan Tanpa Wayar Dan Tiada Touch ID Di Belakang

Satu lagi skematik terbaru tertiris yang dilihat menyerupai model iPhone X / iPhone 8 berdasarkan gambar dan skematik model yang mula tular baru-baru ini. Skematik ini dikongsikan oleh beberapa akaun di Twitter yang selalu berkongsikan gambar peranti tertiris sumber daripada Weibo. Kesemua KK Leaks, OnLeaks, dan Benjamin Geskin telah berkongsikan gambar ini yang berasal dari sumber yang tidak diketahui.

Tidak dipastikan skematik ini sahih atau tidak, di mana ia adalah sukar untuk mengetahui samada betul atau palsu setelah banyak khabar angin, ura-ura termasuklah gambar dan skematik yang tertiris dan tular sebelum ini, jadi adalah terbaik untuk melihat semua kebocoran semasa yang tertiris dengan beberapa keraguan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

Skematik ini menunjukkan bahagian dalaman peranti iPhone 8 secara belakang. Gambar model tersebut menunjukkan dwi-kamera menegak dengan lampu LED di tengah untuk teknologi Augmented Reality, dan menunjukkan satu objek bulat besar di belakang, mungkin untuk beberapa jenis komponen pengecasan tanpa wayar. Tiada pengecasan cap jari Touch ID di belakang model dalam skematik tersebut

Beberapa penganalisis seperti KGI Securities, Ming-Chi Kuo menjangkakan kesemua iPhone baharu tahun ini akan menyokong pengecasan tanpa wayar dengan jarak dalam lingkungan 5 meter, dilihat berbeza dengan cara pengecasan Apple Watch dan tidak dipastikan pengesan cap jari terbina di dalam paparan panel skrin OLED sudah berjaya Apple bangunkan atau tidak.

Jika dilihat pada skematik ini dengan beberapa skematik yang tertiris, ia dilihat sama seperti reka bentuk skematik dan khabar angin yang tertiris baru-baru ini. Tiada sebarang spesifikasi yang diberikan dengan skematik tersebut. Namun, dikhabarkan penjualan iPhone X ini akan ditangguh ke bulan Oktober atau November atas sebab pembekalan komponen. Untuk mengetahui sebarang kemas kini mengenai iPhone X / iPhone 8 yang lain, anda boleh lihat di sini.

 

Sumber artikel: 9to5Mac, iDownloadBlog dan MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *