Snapchat Memperkenalkan Rekaan Paparan Antaramuka Baharu Untuk Aplikasi

Bermula pada awal bulan ini, Snapchat iaitu aplikasi sosial dan permesejan yang dijadikan bahan peniruan serta pesaingnya Instagram telah mengumumkan aplikasi mudah alih akan bakal direka semula untuk memudahkan pengalaman pengguna menggunakan aplikasi ini. Pada hari ini, pihak Snapchat telah memberi pra-tonton untuk paparan tersebut.

Kemas kini ini akan memisahkan kandungan ‘sosial’ dan ‘media’. Untuk kandungan Stories dan mesej akan disatukan dalam panel iaitu ‘Friends’ pada bahagian sebelah kiri kamera, kesemuanya akan disusun menggunakan algoritma dan keutamaan berdasarkan rakan yang anda selalu berinteraksi.

Pada bahagian kanan kamera pula, kandungan daripada media penerbitan termasuklah Stories daripada artis dan iklan akan dipaparkan pada panel ‘Discover’, dimana terletaknya Stories sebelum ini. Menurut CEO Snapchat, Evan Spiegel menyatakan ini ialah untuk memudahkan pengguna kekal berhubung dengan rakan dan tidak terganggu dengan kandungan yang tidak penting seperti iklan dan sebagainya.

Panel ‘Discover’ itu akan diurus oleh staf Snapchat tapi turut mempunyai penggunaan algoritma yang akan memaparkan kandungan daripada media, jenama, iklan, dan lain-lain berdasarkan penggunaan oleh pengguna. Panel ‘Friends’ pula akan disusun mengikut Stories dan mesej yang baru diterima, kemudian Stories daripada rakan yang rapat (Stories yang selalu ditonton dan berbual), dan akhir sekali Stories daripada rakan yang anda kurang berinteraksi.

Kemas kini baharu ini akan dilepaskan hari Jumaat ini untuk pengguna terpilih dan kemudian diperkenalkan pada semua pengguna mengikut berperingkat untuk minggu-minggu akan datang.

 

Sumber: TechCrunch

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *