Snapchat Menambah Fungsi Kreatif Terbaru – Melihat Snaps Tanpa Had, Melukis Dengan Emoji, Dan ‘Pemadam Magik’

Snapchat hari ini telah menambahkan ciri dan fungsi alat kreatif terbaru untuk bersaing dengan Instagram. Antaranya ialah melihat snaps tanpa had, melukis dengan emoji dan ‘pemadam magik’ yang akan membuangkan objek dari snaps anda.

Dua fungsi terbaru yang dikeluarkan pada hari ini membolehkan anda untuk melihat snaps dengan lebih lama. Mesej Snapschat seperti yang semua maklum akan secara autimatok terhapus selepas 1 hingga 10 saat, mengikut tetapan oleh penghantar. Kini anda boleh memilih tetapan snap kepada ‘limitless’ (menekan ikon infiniti), membolehkan penerima untuk melihat gambar anda dengan lebih lama mengikut kehendak sendiri. Ia akan terhapus dengan sendiri apabila mesej tersebut ditutup.

Snapchat juga memperkenalkan video yang boleh dimainkan secara berulang berterusan (versi video untuk ‘limitless’ snap. Rakam video, tekan ikon ‘loop’ dan ia akan senantiasa berulang sehingga rakan anda menutup mesej snap tersebut – lebih kurang macam Instagram Boomerang.

Terletak di bawah ‘Scissors’, anda boleh membuang sebarang objek yang terdapat dalam gambar ataupun menggantikan objek tersebut dengan sesuatu yang lain. Anda juga boleh melukis dengan menggunakan emoji dan menggunakan jari anda sebagai ‘pen’. Apabila anda menggerakkan jari anda pada skrin, emoji tersebut akan dilukis mengikut pergerakan jari anda – boleh buat tulisan dan sebagainya.

The Verge

Muat turun Snapchat secara percuma di App Store. [Klik pautan ini]

 

Sumber artikel: 9to5Mac | Gambar: Bustle

 

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *