Speaker Pintar Dengan Integrasi Siri Mungkin Akan Diperkenalkan Oleh Apple Pada WWDC Jun Ini

Apple sebelum ini dikhabar telah membangunkan peranti speaker pintar seumpama Amazon Echo, Alexa, dan Google Home, dan dalam fasa terakhir untuk menyiapkan rekaan peranti ini. Kini, penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo menjangkakan peranti ini mempunyai peluang 50% untuk diperkenalkan oleh Apple pada WWDC akan datang.

Kuo berkata, peranti pintar dalam rumah oleh Apple ini mungkin akan dilancarkan dan mula dijual pada suku kedua 2017 dan berharga lebih mahal dari Amazon Echo, $179 (~RM800+). Peranti pintar ini akan mempunyai sokongan AirPlay dengan integrasi Siri serta teknologi oleh Beats.

Rekaan peranti ini dilapor akan sama seperti rekaan tong sampah Mac Pro dengan butang kawalan terbina di atas dan rekaan ‘berlubang’ speaker grills pada keseluruhan permukaan luaran peranti. Speaker pintar ini dikhabarkan mempunyai berkebolehan untuk mengawal produk pintar HomeKit seperti peralatan, kunci, lampu, dan lain-lain dengan menggunakan arahan suara Siri selain kamera terbina.

 

Sumber artikel: MacRumors | Gambar: iFunnyVlogger

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *