Spesifikasi iMac Pro Tertiris, Akan Dikeluarkan Pada Akhir Oktober

Pada minggu ini, Apple telah membuat langkah yang jarang dilakukan dengan pra-pengumuman yang mereka sedang membangunkan komputer iMac versi Pro kepada golongan profesional.

Apple tidak berkongsi sebarang spesifik butiran tentang kemas kini tersebut tapi menurut sumber daripada Pike Universum, jika betul, generasi iMac seterunya mungkin akan ditingkatkan yang akan membuatkan komputer dekstop oleh Apple yang lebih bagus untuk golongan profesional.

Spesifikasi “iMac Pro” seperti yang dilaporkan ialah pemprosesan Intel Xeon E3 dipadankan dengan 16GB sehingga 64GB RAM ECC, kad grafik AMD dan storan SSD NVMe 2 TB. Ia juga turut akan mempunyai Thunderbolt 3 seperti yang terdapat pada komputer Macbook Pro terkini.

Aksesori komputer ini dikhabar akan disertakan dengan papan kekunci yang mempunyai Touch Bar dan Touch ID. iMac versi Pro ini dijangka akan dikeluarkan pada akhir Oktober ini.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *