Sumber Oleh TSMC Mengesahkan iPhone 8 Akan Mempunyai Touch ID Diintegrasikan Dalam Paparan Skrin

Apple dikatakan telah berjaya mengintegrasikan pengesan cap jari Touch ID ke dalam paparan skrin untuk iPhone 8 yang bakal diperkenalkan pada bulan September ini – menurut satu laporan terbaru yang dikeluarkan semalam.

Dalam laporan oleh Economic Daily News (EDN) melalui DigiTimes berkata mereka telah berjumpa dan menemu bual dengan sumber yang dikatakan ialah daripada pembekal Apple iaitu Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) yang telah mengesahkan kejayaan Apple untuk integrasi tersebut.

Selain itu, sumber itu juga berkata iPhone 8 akan mempunyai pengesan gambar inframerah untuk meningkatkan penggunaan dwi-kamera bagi membolehkan teknologi augmented reality digunakan pada iPhone terbaru itu.

Jika betul, khabar angin dan ura-ura sebelum ini bakal menjadi kenyataan bagi yang menunggu iPhone ulang tahun ke-10 ini. Apa-apa pun, khabar angin tetaplah khabar angin dan sama-sama kita mengharapkan untuk menjadi kenyataan.

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *