Suruhanjaya Pengguna Australia Telah Menyaman Apple Atas Menyebabkan Peranti iPhone Gagal Berfungsi – Error 53

Suruhanjaya pengguna di Australia, Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) telah menfailkan tuntutan untuk menyaman Apple setelah melanggar hak undang-undang pengguna Australia apabila kemas kini iOS 9 dibuat pada peranti iPhone 6 yang telah membuat peranti tersebut menjadi gagal berfungsi dan tersangkut pada paparan skrin logo iTunes atau dikenali sebagai ‘Recovery Mode’.

Masalah ini terjadi apabila pengguna menukar butang Home Button/Touch ID dengan pihak ketiga yang bukan dibuat oleh Apple dan membuat kemas kini iOS 9. Untuk menyelesaikan masalah ini, Apple telah melepaskan kemas kini rasmi iOS 9.2.1 kali kedua yang membolehkan peranti iPhone digunakan seperti biasa.

ACCC telah meminta pengguna dan pemilik bagi peranti yang hadapi dengan masalah Error 53 dalam tempoh September 2014 hingga Februari 2016. Jumlah saman penalti yang dibuat menurut The Wall Street Journal ialah sebanyak $1.1million ($829,000) tapi ia mungkin akan dinaikkan.

Pada tahun lepas, Apple juga turut disaman oleh pengguna di US setelah masalah Error 53 itu muncul dan menyebabkan sebahagian pengguna yang kehilangan data peribadi dalam peranti disebabkan tidak boleh membuat backup dan perlu membuat proses restore di itunes menggunakan cara DFU Mode. Dalam Recovery Mode, tak boleh buat backup untuk yang tidak tahu.

 

Sekadar pendapat…

Apple sememangnya padan muka dan perlu dikenakan tidakan yang lebih berat sebab tidak memikirkan permasalahan yang bakal dihadapi oleh pengguna. Ahli Apple User Group (Malaysia)® sendiri juga turut terkena dan menghadapi masalah ini pada waktu itu sehinggakan tidak boleh menggunakan telefon bimbit dalam tempoh sebelum kemas kini kedua iOS 9.2.1 dilepaskan. Yang lebih kesian ialah penjual yang menjual produk dimana tidak boleh membuat kemas kini dan menerima tempahan sehinggakan, ada yang membeli peranti kedua disebabkan WhatsApp tidak mempunyai sistem Cloud seperti Telegram yang boleh digunakan dimana-mana peranti -; walaupun tidak pernah menghadapi masalah ini tapi ia telah membawa huru-hara dalam group Fb Apple User Group (Malaysia)® sehingga ia sukar dikawal dan group ditutup serta merta (memeningkan kami [admin] untuk mengawal group).

 

Sumber: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *