Berita iPad iPhone

Switch Memperkenalkan Switch Protection Plan Khusus Untuk iPad dan iPhone


Switch memperkenalkan Switch Protection Plan khusus untuk iPad dan iPhone yang dibeli di mana-mana Kedai Switch di seluruh Malaysia. Pengumuman ini dibuat melalui laman Facebook Switch.

Pelan pelindungan ini menggantikan pelan pelindungan Switch yang lama. Pelan pelindungan ini juga merupakan kolaborasi antara Switch dengan syarikat insurans yang terkenal iaitu, AXA.

Switch Protection Plan (SPP) ini merupakan pelan pelindungan yang mana, ianya adalah untuk tempoh setahun dan melindungi

  1. Kerosakan akibat kemalangan
  2. Kerosakan akibat cecair
  3. Kecurian/rompakan

Di atas merupakan jadual yang memaparkan harga pelan yang terbahagi kepada lima kategori (mengikut harga peranti). Sebagai contoh, jika anda membeli sebuah iPhone 7 32GB yang berharga RM3199. Ianya di dalam kategori SPP-Class-4. Harga Switch Protection Plan ialah RM349. Jika ada kerosakan/kemalangan/kecurian, anda boleh mendapatkan gantian iPhone yang sama dengan harga RM370 sahaja. Jadi jumlah yang anda belanjakan sekiranya terjadi sebegini ialah hanya RM719 sahaja. Ianya jauh lebih murah daripada membayar gantian penuh (tidak membeli SPP) seperti yang pernah kami paparkan dalam artikel –> Tukar peranti yang rosak kepada yang baru di Pusat Servis Apple

Malah, jika berlaku rompakan atau kecurian, anda dapat ‘membeli semula’ iPhone yang sama dengan harga yang murah. Sudah tentu, beberapa prosedur harus dilakukan seperti membuat laporan polis dan sebagainya.

Switch Protection Plan boleh dipindah milik. Hal ini memudahkan sekiranya pemilik asal ingin menjual iPhone atau iPad bersama-sama dengan pelan pelindungan ini. Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada ia dapat dilanggan untuk dua tahun atau seterusnya.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen