Tiada Perancangan Kemas Kini Untuk Aplikasi Workflow Selepas Pengambilalihan Oleh Apple

Sumber oleh iGeneration menunjukkan aplikasi Workflow sedang dalam mod penyelenggaraan dan dikhabarkan tidak akan mempunyai fungsi yang terbaru untuk masa akan datang. Menurut e-mel diterima oleh pengguna yang dihantar oleh pekerja Workflow menyatakan tiada sebarang kemas kini dirancangkan untuk aplikasi automasi tersebut dan mereka akan terus mengekalkan fungsi yang sedia ada – lebih kepada menampal dan membaiki pepijat.

Apabila Apple membeli Workflow pada bulan Mac lepas, aplikasi ini dijadikan percuma untuk dimuat turun selamanya. Apple juga turut membuat bayaran balik kepada pelanggan yang telah membeli aplikasi ini sebelum Apple mengambil alih.

Aplikasi Workflow ini berfungsi untuk membantu dan memudahkan pengguna untuk mengautomasikan suatu tugas atau kerja dengan lebih mudah yang mungkin akan diintegrasikan pada sistem operasi iOS akan datang. Aplikasi Workflow ini dibangunkan oleh bekas pembangun jailbreak iaitu Ari WeinsteinConrad KramerAyaka Nonaka dan Nick Frey yang berjaya memenangi anugerah Apple Design pada tahun 2015.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *